Biografi Georg Wilhelm Friedrich Hegel

Kehidupan awal

Hegel dilahirkan di Stuttgart pada 27 Ogos 1770. Keluarga Hegel adalah sebuah keluarga kelas menengah yang mapan di Stuttgart. Ayahnya merupakan seorang pegawai negeri dalam administrasi pemerintahan di Württemberg. Hegel adalah seorang anak yang sakit-sakitan dan hampir meninggal dunia kerana cacar sebelum mencapai usia enam tahun. Hubungannya dengan kakak perempuannya, Christiane, sangat erat dan tetap akrab sepanjang hidupnya.

Pada masa kecilnya, beliau lahap membaca bahan kesusasteraan, surat khabar, karangan falsafah dan tulisan-tulisan tentang berbagai topik lainnya atas galakan ibunya yang progresif dan aktif mengasuh perkembangan intelektual anak-anaknya.

Kerjaya di universiti

Georg berpindah ke Heidelberg tidak lama selepas beliau mendapat tawaran suatu jawatan di suatu universiti di kawasan tersebut pada tahun 1816. Di sinilah beliau menerbitkan Enzyklopädie der philosophischen Wissenschaften im Grundrisse pada tahun berikutnya sebagai ringkasan untuk para pelajar syarahan falsafahnya.

Pada 1818, beliau menerima tawaran menduduki Kerusi Falsafah Universiti Berlin. Beliau dilantik sebagai Rektor Universiti Berlin beberapa lama kemudian pada Oktober 1829, namun jawatan tersebut agak singkat sehingga tamat pada September 1830.

Rujukan

WikiPedia: Georg Wilhelm Friedrich Hegel //scholar.google.com/scholar?q=%22Georg+Wilhelm+Fr... //www.google.com/search?&q=%22Georg+Wilhelm+Friedr... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Georg... //www.google.com/search?q=%22Georg+Wilhelm+Friedri... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Georg+Wilhe... http://rumahfilsafat.com/2009/08/16/hegel-dan-dial... http://hegel-system.de/en/ http://plato.stanford.edu/entries/hegel/ http://hegel.net http://www.gutenberg.org/author/Georg+Wilhelm+Frie...